COUNTER STRIKE TOURNAMENT UTHM 2011




Syarat-SyaratPenyertaan AM


1.    Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sahaja.
2.    Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta.
3.    Yuran penyertaan adalah RM15 bagi setiap kumpulan.
4.    Hanya satu penyertaan sahaja yang dibenarkan bagi setiap kumpulan.
5.    Tempahan borang tidak akan dilayan. Kumpulan yang membayar yuran penyertaan dahulu akan diberi keutamaan.
6.    Borang penyertaan boleh didapati dari AJK pelaksana yang dibenarkan sahaja atau boleh download terus dari link  (Lihat di Akhir Halaman Ini), Pastikan anda membayar dan mendapatkan borang daripada AJK yang dibenarkan sahaja. Sebarang penyertaan di luar pengetahuan AJK berkenaan boleh menyebabkan penyertaan tersebut tidak akan dilayan.
7.    Sebarang bantahan semasa atau selepas permainan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 10.
8.    Setelah pemenang diumumkan, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
9.    Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana bentuk kehilangan, kerosakan atau kerugian samada disebabkan oleh mana-mana pihak.
10.    Jika belaku kerosakan, permain tersebut perlu menanggung kos kerosakan.
11.    Pihak penganjur berhak menambah, mengubah atau membatalkan mana-mana syarat/peraturan mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis atau pemberitahuan terlebih dahulu.

Peraturan Counter Strike 1.6

1.    Pertandingan adalah dalam sistem Kalah Mati.
2.    Versi counter strike yang akan digunakan semasa pertandingan adalah versi counter strike 1.6.
3.    Map yang akandigunakan adalah Map snow (fy_snow) - Boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa pertandingan yang akan dijalankan.
4.    Pemilihan antara kumpulan Terrorist dengan Counter-Terrorist untuk game pertama akan ditentukan melalui lambungan duit syiling.
5.    Untuk pusingan kelayakan,suku, dan separuh akhir, setiap perlawanan akan ditentukan melalui 15 kemenangan atau jumlah kemenangan terbanyak dalam 15minit (yang mana dahulu)
6.    Untuk Akhir, setiap perlawanan akan bermain sebanyak 20 pusingan.
7.    Pemenang dikira setelah salah satu kumpulan mencapai atau lebih pusingan kemenangan dari pihak lawan.
8.    Terma dan syarat permainan akan berubah berdasarkan jumlah penyertaan.




Peraturan Semasa Permainan



1.    Peserta hendaklah berada dalam dewan/kelas pertandingan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa pertandingan untuk pendaftaran. (Rujuk jadual permainan yang akan ditunjuk semasa pertandingan). Jika peserta terlewat 5 minit dari masa pertandingan, peserta dianggap kalah.
2.    Sekiranya berlaku apa-apa masalah contohnya salah seorang pemain terkeluardari permainan, peserta tidak boleh melakukan atau membuat keputusan/tindakan sendiri. Pengadil perlu tahu punca masalah bagi masalah tersebut untuk mengelakkan penipuan.**
3.    Masalah komputer peserta adalah tanggungjawab peserta, permainan kemungkinan boleh diteruskan atau ditamatkan sekiranya berlaku masalah sedemikian.


Klik sini untuk download borang penyertaan. http://www.mediafire.com/?0dejmp343rv6mvr






p/s : Para peserta digalakkan membawa tetikus, keyboard atau laptop sendiri semasa pertandingan bagi keselesaan peserta. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera pada gambar di atas. Terima kasih. :)



-Eclipse-S Team-